:

Ayub 23

1

Tetapi Ayub menjawab,

2

"Aku tetap memberontak dan membantah Allah;

aku tidak dapat menahan keluh kesah.

3

Alangkah baiknya jika aku tahu di mana Allah berada,

dan dapat pergi ke tempat-Nya.

4

Maka aku akan mengajukan perkaraku kepada-Nya,

dan membela diri dengan sedaya upaya.

5

Aku hendak tahu apa yang akan dikatakan-Nya,

dan bagaimana Dia memberikan jawapan-Nya.

6

Adakah Allah dengan segala kekuatan-Nya menentang diriku?

Tidak, Dia akan mendengarkan kata-kataku.

7

Aku jujur dan dapat berhujah dengan Allah,

dan aku akan dinyatakan tidak bersalah untuk selama-lamanya.

8

Aku telah mencari Allah di timur, tetapi Dia tiada di sana;

apabila aku mencari Dia di barat, Dia juga tiada di sana.

9

Allah telah bertindak di selatan dan utara,

tetapi aku masih belum menemui Dia.

10

Namun Allah tahu setiap langkahku;

jika aku diuji, terbukti kemurnian hatiku.

11

Aku mengikut jalan-Nya dengan setia,

aku tidak menyimpang dari jalan yang ditentukan-Nya.

12

Perintah-perintah Allah selalu kutaati,

aku menurut kehendak-Nya, bukan kehendakku sendiri.

13

Allah tidak pernah berubah dan tiada yang dapat menentang Dia.

Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya.

14

Dia akan menjalankan rancangan-Nya untuk diriku,

dan banyak lagi rancangan-Nya selain itu.

15

Kerana takut akan Dia, gementarlah aku;

semakin aku fikirkan semua itu, semakin takutlah aku.

16

Allah Yang Maha Kuasa telah mematahkan semangatku. Aku takut kerana Allah, dan bukan kerana kegelapan, walaupun kegelapan mengelilingi aku dan menutupi wajahku.

17
Link: