TUHAN memberikan petunjuk berikut kepada Musa dan Harun.
2
Pada masa orang Israel berkhemah, setiap orang harus berkhemah di bawah panji kumpulannya, dan di bawah lambang puaknya. Khemah-khemah harus dipasang di sekeliling Khemah TUHAN tetapi tidak terlalu dekat.
3
Di bahagian timur, orang di bawah panji kumpulan Yehuda harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing: Yehuda Nahason anak Aminadab 74,600 Isakhar Netaneel anak Zuar 54,400 Zebulon Eliab anak Helon 57,400 Jumlah: 186,400 Kumpulan Yehuda adalah kumpulan pertama yang berangkat.
4
5
6
7
8
9
10
Di bahagian selatan, orang di bawah panji kumpulan Ruben harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing: Ruben Elizur anak Syedeur 46,500 Simeon Selumiel anak Zurisyadai 59,300 Gad Elyasaf anak Rehuel 45,650 Jumlah: 151,450 Kumpulan Ruben adalah kumpulan kedua yang berangkat.
11
12
13
14
15
16
17
Sesudah itu, orang Lewi yang memikul Khemah TUHAN harus berjalan di antara dua kumpulan yang pertama dan dua kumpulan yang terakhir. Tiap-tiap kumpulan harus berjalan menurut susunan semasa berkhemah; masing-masing pada tempatnya dan di bawah panjinya.
18
Di bahagian barat, orang di bawah panji kumpulan Efraim harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing: Efraim Elisama anak Amihud 40,500 Manasye Gamaliel anak Pedazur 32,200 Benyamin Abidan anak Gideoni 35,400 Jumlah: 108,100 Kumpulan Efraim adalah kumpulan ketiga yang harus berangkat.
19
20
21
22
23
24
25
Di bahagian utara, orang di bawah panji kumpulan Dan harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing: Dan Ahiezer anak Amisyadai 62,700 Asyer Pagiel anak Okhran 41,500 Naftali Ahira anak Enan 53,400 Jumlah: 157,600 Kumpulan Dan adalah kumpulan terakhir yang berangkat.
26
27
28
29
30
31
32
Jumlah orang Israel yang didaftarkan di dalam kumpulan-kumpulan itu, kelompok demi kelompok, adalah 603,550 orang.
33
Sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Musa, suku Lewi tidak didaftarkan bersama dengan orang Israel lain.
34
Maka orang Israel melakukan semua yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Mereka berkhemah di bawah panji masing-masing, dan mereka berangkat bersama dengan puak masing-masing.