:

Mazmur 112

Kebahagiaan Orang Baik 1

Pujilah TUHAN!

Berbahagialah orang yang menghormati TUHAN,

yang suka mentaati perintah-Nya.

2

Anak-anak orang yang baik akan berkuasa di negeri ini;

keturunannya akan diberkati.

3

Keluarganya akan menjadi kaya-raya,

dan dia akan makmur selama-lamanya.

4

Dia seperti cahaya yang bersinar dalam kegelapan bagi orang jujur;

dia berbelas kasihan, penyayang, dan adil.

5

Berbahagialah orang yang murah hati dan suka memberi pinjaman,

serta jujur dalam segala urusan.

6

Orang yang baik tidak sekali-kali akan gagal;

dia akan diingat selama-lamanya.

7

Dia tidak takut menerima berita buruk;

hatinya teguh kerana percaya kepada TUHAN.

8

Dia tidak khuatir ataupun takut

kerana dia yakin musuhnya akan dikalahkan.

9

Dia memberikan sedekah kepada orang miskin,

dia selalu murah hati,

dia akan berkuasa dan dihormati orang.

10

Orang jahat melihat hal ini lalu naik marah;

mereka memandang aku dengan kebencian.

Lalu mereka binasa;

harapan mereka lenyap selama-lamanya.

Link: