:

Mazmur 126

Doa Minta Pemulihan 1

Lagu ziarah.

Apabila TUHAN membawa kita balik ke Yerusalem,

kita seperti bermimpi!

2

Kita tertawa dan menyanyi kerana gembira!

Lalu bangsa-bangsa lain berkata tentang kita,

"TUHAN telah melakukan perkara-perkara hebat untuk mereka."

3

Memang TUHAN telah melakukan perkara-perkara yang hebat untuk kita;

itulah sebabnya kita bersukacita!

4

Ya TUHAN, jadikanlah kami makmur semula,

seperti sungai kering berair semula pada musim hujan.

5

Semoga orang yang menabur benih sambil menangis,

dapat menuai hasilnya sambil bergembira!

6

Orang yang menabur benih sambil mencucurkan air mata,

akan pulang membawa hasil tanaman sambil menyanyi dengan gembira.

Link: