:

Mazmur 130

Doa Minta Tolong 1

Lagu ziarah.

Dari jurang kesusahan,

aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN.

2

Ya TUHAN, dengarlah rintihanku,

dengarlah seruanku minta tolong.

3

Jika Engkau terus mengingat dosa-dosa kami,

siapakah yang dapat terlepas daripada hukuman?

4

Tetapi Engkau mengampuni kami,

supaya kami hormat dan taat kepada-Mu.

5

Aku menanti-nantikan pertolongan TUHAN,

dan berharap kepada firman-Nya.

6

Aku menantikan Tuhan,

lebih daripada penjaga malam menantikan subuh,

lebih daripada penjaga malam menantikan fajar.

7

Hai Israel, berharaplah kepada TUHAN,

kerana Dia tetap mengasihi

dan sentiasa bersedia menyelamatkan kamu.

8

Dia akan menyelamatkan umat-Nya Israel

daripada segala dosa mereka.

Link: