:

Mazmur 136

Lagu Kesyukuran 1

Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik;

kasih-Nya kekal abadi.

2

Bersyukurlah kepada Allah Yang Maha Tinggi;

kasih-Nya kekal abadi.

3

Bersyukurlah kepada Tuhan Yang Maha Besar;

kasih-Nya kekal abadi.

4

Hanya Dia yang melakukan keajaiban besar;

kasih-Nya kekal abadi.

5

Dengan kebijaksanaan-Nya Dia menjadikan langit;

kasih-Nya kekal abadi.

6

Dia menghamparkan bumi di atas air;

kasih-Nya kekal abadi.

7

Dia menjadikan matahari dan bulan;

kasih-Nya kekal abadi.

8

Dia menjadikan matahari untuk memerintah siang;

kasih-Nya kekal abadi.

9

Dia menjadikan bulan dan bintang untuk memerintah malam;

kasih-Nya kekal abadi.

10

Dia membunuh anak lelaki sulung orang Mesir;

kasih-Nya kekal abadi.

11

Dia memimpin umat Israel keluar dari Mesir;

kasih-Nya kekal abadi.

12

Dia melakukan semuanya dengan tangan yang kuat dan perkasa;

kasih-Nya kekal abadi.

13

Dia membelah Laut Gelagah;

kasih-Nya kekal abadi.

14

Dia memimpin umat-Nya melalui laut itu;

kasih-Nya kekal abadi;

15

tetapi Dia menenggelamkan raja Mesir dan tenteranya;

kasih-Nya kekal abadi.

16

Dia memimpin umat-Nya melalui gurun;

kasih-Nya kekal abadi.

17

Dia membunuh raja-raja yang berkuasa;

kasih-Nya kekal abadi.

18

Dia membunuh raja-raja yang termasyhur;

kasih-Nya kekal abadi.

19

Dia membunuh Sihon, raja orang Amori;

kasih-Nya kekal abadi.

20

Dia membunuh Og, raja negeri Basan;

kasih-Nya kekal abadi.

21

Dia memberikan negeri mereka kepada umat-Nya;

kasih-Nya kekal abadi.

22

Dia memberikannya kepada Israel, hamba-Nya;

kasih-Nya kekal abadi.

23

Dia tidak melupakan kita apabila kita dikalahkan;

kasih-Nya kekal abadi.

24

Dia membebaskan kita daripada musuh-musuh kita;

kasih-Nya kekal abadi.

25

Dia memberikan makanan kepada semua makhluk hidup;

kasih-Nya kekal abadi.

26

Bersyukurlah kepada Allah penguasa di syurga;

kasih-Nya kekal abadi.

Link: