:

Mazmur 138

Doa Kesyukuran 1

Mazmur Daud.

Ya TUHAN, aku bersyukur kepada-Mu

dengan sepenuh hatiku;

aku menyanyikan pujian untuk-Mu

di hadapan makhluk-makhluk syurga.

2

Aku menghadap Rumah-Mu yang suci,

aku sujud dan memuji nama-Mu

kerana Engkau setia dan kasih-Mu kekal,

kerana Engkau telah menunjukkan

bahawa nama-Mu dan firman-Mu agung.

3

Engkau menjawab apabila aku berseru kepada-Mu;

Engkau menguatkan aku sehingga aku berani.

4

Semua raja di dunia akan memuji Engkau, ya TUHAN,

kerana mereka telah mendengar janji-janji-Mu.

5

Mereka akan menyanyi tentang perbuatan-Mu,

dan tentang kemuliaan-Mu yang besar.

6

Walaupun Engkau begitu agung,

Engkau memperhatikan orang yang hina,

dan orang sombong tidak dapat bersembunyi daripada-Mu.

7

Ketika aku ditimpa kesusahan,

Engkau memelihara aku;

Engkau menentang musuhku yang ganas,

dan menyelamatkan aku dengan kuasa-Mu.

8

Engkau akan memenuhi segala janji-Mu kepadaku;

ya TUHAN, kasih-Mu kekal abadi.

Jangan tinggalkan umat yang telah Engkau jadikan.

Link: