:

Mazmur 16

Doa Keyakinan 1

Mazmur Daud.

Jagalah aku, ya Allah,

kerana aku berlindung kepada-Mu.

2

Aku berkata kepada TUHAN, "Engkaulah Tuhanku;

tiada yang baik bagiku selain Engkau."

3

Betapa baiknya umat yang setia kepada Allah!

Aku sangat ingin bersama-sama mereka.

4

Mereka yang menyembah dewa-dewa

bertambah-tambah kesusahan mereka.

Aku tidak mahu turut serta mempersembahkan korban;

aku tidak mahu menyembah dewa mereka.

5

Ya TUHAN, hanya Engkau yang aku miliki,

Engkau memberi aku segala keperluanku;

nyawaku ada di dalam tangan-Mu.

6

Sungguh indah pemberian-Mu kepadaku;

betapa baiknya semua itu!

7

Aku memuji TUHAN kerana Engkau membimbing aku,

pada waktu malam suara hatiku mengajar aku.

8

Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN;

Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku.

9

Demikianlah hatiku bersyukur dan gembira,

dan aku selamat,

10

kerana Engkau tidak akan membiarkan aku mati;

orang yang Engkau kasihi tidak Kaubiarkan binasa.

11

Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku;

hadirat-Mu menggembirakan aku,

dan sentiasa membahagiakan aku.

Link: