:

Mazmur 26

Doa Orang yang Tidak Bersalah 1

Mazmur Daud.

Berilah aku keadilan, ya TUHAN,

kerana aku melakukan yang benar,

dan aku percaya kepada-Mu dengan sepenuhnya.

2

Periksalah aku, ya TUHAN, dan ujilah aku,

selidiklah keinginanku dan fikiranku.

3

Kasih-Mu membimbing aku;

kesetiaan-Mu sentiasa memimpin aku.

4

Aku tidak bergaul dengan orang yang tidak berguna;

aku tidak berhubungan dengan orang yang berpura-pura.

5

Aku membenci pergaulan dengan orang jahat,

dan aku menjauhkan diri daripada penjahat.

6

Ya TUHAN, aku membasuh tanganku tanda tidak bersalah,

dan aku mengelilingi mazbah-Mu untuk menyembah Engkau.

7

Aku menyanyikan sebuah mazmur

dan memberitakan segala perbuatan-Mu yang ajaib itu.

8

Ya TUHAN, aku mengasihi Rumah kediaman-Mu,

tempat yang penuh dengan kemuliaan-Mu.

9

Janganlah musnahkan aku bersama-sama orang berdosa;

lindungilah aku daripada nasib pembunuh,

10

iaitu orang yang sentiasa melakukan kejahatan

dan selalu sedia menerima rasuah.

11

Tetapi aku hidup dengan tulus hati;

kasihanilah dan selamatkanlah aku.

12

Aku selamat daripada segala bahaya;

aku akan memuji TUHAN dalam perhimpunan umat-Nya.

Link: