:

Mazmur 39

Pengakuan Orang yang Menderita 1

Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Untuk Yedutun.

2

Aku berkata, "Aku akan berhati-hati dengan perbuatanku,

dan tidak akan berdosa dengan lidahku.

Aku tidak akan berkata apa-apa

selama orang jahat berada di sisiku."

3

Aku diam membatu, tidak berkata sepatah pun,

walaupun tentang perkara yang baik.

Tetapi penderitaanku bertambah berat,

4

dan hatiku penuh kecemasan.

Semakin aku berfikir, semakin susah hatiku;

lalu aku bertanya,

5

"Ya TUHAN, beritahulah aku masa kematianku

supaya aku tahu betapa singkatnya hidupku."

6

Betapa pendeknya umurku Engkau tentukan!

Bagi Engkau, seumur hidupku tidak bererti apa-apa.

Sesungguhnya hidup setiap orang seperti hembusan nafas,

7

hidup mereka berlalu seperti bayangan.

Segala perbuatan mereka sia-sia;

mereka mengumpulkan harta,

tetapi tidak tahu siapa akan mewarisinya.

8

Apakah yang boleh aku harapkan, ya Tuhan?

Aku berharap kepada-Mu.

9

Selamatkanlah aku daripada segala dosaku,

dan jangan biarkan aku menjadi ejekan orang dungu.

10

Aku diam dan tidak membuka mulutku,

kerana inilah perbuatan-Mu.

11

Janganlah hukum aku lagi,

aku hampir mati kerana pukulan-Mu.

12

Engkau menghukum dosa manusia dengan teguran-Mu,

dan seperti gegat, Engkau memusnahkan kesukaan mereka.

Sesungguhnya hidup setiap orang seperti hembusan nafas sahaja.

13

Dengarlah doaku, ya TUHAN,

dan sambutlah rayuanku;

janganlah diam ketika aku menangis.

Aku menjadi tetamu-Mu hanya untuk sementara,

seperti nenek moyangku.

14

Janganlah ganggu aku supaya aku dapat sedikit kebahagiaan,

sebelum aku meninggal dan tiada lagi.

Link: