:

Mazmur 43

Doa Semasa di Tempat Pembuangan 1

Ya Allah, buktikanlah bahawa aku tidak bersalah,

dan belalah aku terhadap bangsa yang durjana;

jauhkanlah aku daripada penjahat dan pendusta.

2

Engkaulah pelindungku;

mengapakah Engkau meninggalkan aku?

Mengapakah aku harus terus-menerus menanggung derita

akibat kekejaman musuhku?

3

Berikanlah cahaya-Mu dan firman-Mu yang benar

untuk menyinari dan membimbing aku,

agar aku kembali ke Sion, bukit-Mu yang suci,

dan ke tempat kediaman-Mu.

4

Maka aku akan pergi ke mazbah-Mu, ya Allah,

kerana Engkaulah sumber kebahagiaanku;

aku akan menyanyi serta memainkan kecapi,

untuk memuji Engkau, ya Allah, Allahku!

5

Mengapakah aku sedih?

Mengapakah aku gelisah?

Aku akan berharap kepada Allah,

dan sekali lagi aku akan memuji Dia,

Allahku dan penyelamatku.

Link: