:

Mazmur 46

Allah Menyertai Kita 1

Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Dengan lagu Alamot.

2

Allah perlindungan dan kekuatan kita;

Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan.

3

Oleh itu, kita tidak akan takut, walaupun bumi gempa

dan gunung-gunung jatuh ke dasar laut;

4

walaupun laut mengamuk dan bergelora,

dan gunung bergoncang dengan kuatnya.

5

Ada sebatang sungai yang menggembirakan kota Allah,

tempat kediaman Allah Yang Maha Tinggi.

6

Allah tinggal di situ, kota yang tidak akan dimusnahkan;

ketika masih subuh, Dia akan datang menolongnya.

7

Bangsa-bangsa ketakutan, kerajaan-kerajaan gentar;

ketika Allah mengguntur, bumi pun lebur.

8

TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita;

Allah Yakub melindungi kita.

9

Mari, lihatlah apa yang telah dilakukan TUHAN.

Lihatlah, perbuatan Allah di bumi sangat menakjubkan.

10

Dia menghentikan perang di seluruh dunia;

Dia mematahkan busur, memusnahkan lembing,

dan membakar perisai.

11

Dia berfirman, "Berhentilah berperang,

ketahuilah bahawa Aku ini Allah,

yang agung antara bangsa-bangsa dan di seluruh bumi."

12

TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita;

Allah Yakub melindungi kita.

Link: