:

Yeremia 45

Janji Allah kepada Barukh 1

Pada tahun keempat pemerintahan Raja Yoyakim putera Raja Yosia sebagai raja Yehuda, Barukh menuliskan apa yang telah aku imlakkan itu. Kemudian aku memberitahu dia

2

bahawa demikianlah firman TUHAN, Allah Israel, "Hai Barukh,

3

engkau berkata, 'Aku putus asa. TUHAN telah menambah kesedihan kepada kesusahanku. Aku sudah penat mengeluh. Aku tidak mendapat ketenangan.'

4

Tetapi sekarang Aku, TUHAN, sedang merobohkan apa yang telah Aku bina; Aku sedang mencabut apa yang telah Aku tanam. Aku akan melakukan perkara itu kepada seluruh bumi ini.

5

Adakah engkau ingin diistimewakan? Jangan, kerana Aku mendatangkan bencana kepada semua umat manusia. Tetapi bagi engkau, setidak-tidaknya, ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan selamat dan tetap hidup. Aku, TUHAN, telah berfirman."

Link: