:

Yesaya 12

Nyanyian Kesyukuran 1

Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi,

"TUHAN, aku bersyukur kepada-Mu,

kerana Engkau menghibur aku.

Dahulu Engkau murka terhadap aku,

tetapi kini sudah reda kemurkaan-Mu.

2

Allah ialah Penyelamatku;

aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut.

TUHAN memberikan kuasa dan kekuatan kepadaku;

Dialah Penyelamatku.

3

Sebagaimana air menggembirakan orang dahaga,

demikianlah umat Allah bersukacita kerana diselamatkan oleh Allah."

4

Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi,

"Bersyukurlah kepada TUHAN, dan sembahlah Dia!

Khabarkanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa.

Beritahulah mereka kebesaran-Nya.

5

Bernyanyilah bagi TUHAN kerana perbuatan-Nya yang besar.

Hendaklah seluruh bumi mendengar tentang perbuatan-Nya itu.

6

Hendaklah setiap penduduk Sion bersorak dan bernyanyi.

Allah yang suci,

Allah Israel itu agung,

Dia tinggal di tengah-tengah kamu."

Link: