:

Yunus 2

Doa Yunus 1

Dari dalam perut ikan itu, Yunus berdoa kepada TUHAN, Allahnya. Dia berkata,

2

"Ya TUHAN, dalam kesusahanku aku berseru kepada-Mu,

dan Engkau menjawab aku.

Dari dunia orang mati aku mohon pertolongan,

permohonanku Engkau dengar dan perhatikan.

3

Engkau melemparkan aku ke tempat yang dalam,

sampai ke dasar lautan.

Di sana arus air mengelilingi aku,

ombak dan gelombang yang Engkau datangkan

menghempaskan aku.

4

Aku berfikir bahawa

Engkau sudah menghalau aku dari hadirat-Mu,

dan aku tidak akan melihat lagi

rumah kediaman-Mu yang suci.

5

Air laut naik sampai ke bibirku,

samudera raya meliputi seluruh tubuhku,

rumpai laut melilit kepalaku.

6

Aku turun sampai ke dasar pergunungan, ke alam yang gerbangnya terkunci sehingga selama-lamanya. Ketika nyawaku hampir pergi daripada diriku, aku ingat akan TUHAN, lalu aku berseru kepada-Mu. Engkau, ya TUHAN, mendengarkan doaku, di Rumah-Mu yang suci Engkau mendengarkan aku. Dari laut yang dalam, Engkau menyelamatkan aku, ya TUHAN Allahku!

7
8

Para penyembah berhala yang sia-sia,

meninggalkan Engkau dan tidak lagi setia.

9

Tetapi aku akan menyanyikan puji-pujian bagi-Mu

dan aku akan mempersembahkan korban untuk-Mu.

Aku akan menunaikan segala janjiku.

Engkaulah TUHAN yang menyelamatkan."

10

Kemudian, atas perintah TUHAN, ikan itu memuntahkan Yunus ke daratan.

Link: