:

Mazmur 11

Keyakinan terhadap TUHAN 1

Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

Aku yakin bahawa TUHAN akan melindungi aku.

Tidak ada gunanya berkata kepadaku,

"Terbanglah seperti burung ke gunung,

2

kerana di tempat yang gelap, orang jahat telah melengkungkan busur,

dan memasang anak panah untuk memanah orang baik.

3

Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan orang baik

apabila tata tertib masyarakat musnah."

4

TUHAN berada di Rumah-Nya yang suci;

Dia mempunyai takhta di syurga.

Dia memperhatikan semua manusia

dan mengetahui segala perbuatan mereka.

5

Dia menguji orang baik dan orang jahat;

Dia sangat membenci orang yang mencintai keganasan.

6

Orang jahat dihukum-Nya dengan malapetaka,

dengan arang berapi, belerang, dan angin yang menghanguskan.

7

TUHAN adil dan mengasihi orang yang berbuat baik;

orang jujur akan melihat dan mengenal Dia.

Link: