:

Mazmur 12

Doa Minta Tolong 1

Untuk pemimpin koir. Menurut lagu yang kelapan. Mazmur Daud.

2

Tolonglah kami, ya TUHAN,

kerana tidak ada lagi orang yang baik;

orang yang jujur tidak dapat dijumpai lagi.

3

Semua manusia saling membohongi,

dan saling menipu dengan kata-kata manis.

4

Hentikanlah kata-kata manis itu, ya TUHAN,

dan bungkamkan mulut yang bercakap besar,

5

"Kami berkuasa dengan mulut kami.

Kami akan bercakap sesuka hati;

tidak sesiapa dapat menghalang kami."

6

TUHAN berfirman, "Orang miskin ditindas,

dan orang yang dianiaya mengerang.

Maka sekarang juga Aku datang

memberikan ketenteraman yang diingini mereka."

7

Janji TUHAN teguh dan dapat dipercayai;

seperti perak yang dimurnikan berkali-kali di dalam api.

8

Orang jahat terdapat di merata-rata tempat, dan setiap orang menyanjung kejahatan. Selamatkanlah kami, ya TUHAN, peliharakanlah kami daripada orang seperti itu.

9
Link: