:

Mazmur 14

Kejahatan Manusia 1

Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

Orang bodoh berkata dalam hati,

"Tidak ada Allah."

Mereka semua jahat dan perbuatan mereka keji;

tidak seorang pun melakukan yang baik.

2

Dari syurga TUHAN memandang umat manusia

untuk mencari orang yang bijak,

orang yang menyembah Dia.

3

Tetapi semua orang sudah menyimpang dan sesat,

tiada seorang pun melakukan yang baik.

4

TUHAN bertanya, "Tidakkah semua orang jahat ini tahu?

Mereka hidup dengan merompak umat-Ku,

dan tidak pernah berdoa kepada-Ku."

5

Orang jahat akan ketakutan,

kerana Allah menolong orang yang taat kepada-Nya.

6

Orang jahat merintangi hasrat orang miskin,

tetapi orang miskin dilindungi TUHAN.

7

Semoga penyelamatan bagi Israel

datang dari Sion!

Apabila TUHAN menjadikan umat-Nya makmur semula,

semua orang Israel akan bersukacita.

Link: