:

Mazmur 13

Doa Minta Tolong 1

Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

2

Berapa lamakah Engkau akan melupakan aku, ya TUHAN?

Berapa lamakah Engkau akan bersembunyi daripadaku?

3

Berapa lamakah aku mesti menanggung kesusahan

dan berdukacita siang malam?

Berapa lamakah musuhku

akan menguasai aku?

4

Pandanglah aku, ya TUHAN, Allahku, dan jawablah doaku.

Pulihkanlah tenagaku; jangan biarkan aku mati.

5

Jangan biarkan musuhku berkata bahawa mereka telah mengalahkan aku.

Jangan biarkan mereka bergembira kerana kejatuhanku.

6

Tetapi aku bergantung kepada kasih-Mu yang abadi;

aku akan bergembira kerana Engkau menyelamatkan aku.

Aku akan menyanyi untuk TUHAN,

kerana Dia telah berbuat baik kepadaku.

Link: