:

Mazmur 142

Doa Minta Tolong 1

Sajak Daud, ketika dia berada di dalam gua.

2

Aku berseru kepada TUHAN,

aku merayu kepada-Nya meminta bantuan.

3

Aku mengemukakan segala aduanku kepada-Nya;

aku memberitahukan segala kesusahanku kepada-Nya.

4

Apabila aku putus asa,

Dia tahu apa yang harus aku lakukan.

Di jalan yang harus aku tempuh,

musuhku telah memasang perangkap untukku.

5

Aku melihat ke sampingku,

tiada sesiapa pun yang dapat menolong aku;

tiada seorang pun yang melindungi aku.

Tiada seorang pun yang mempedulikan aku.

6

Ya TUHAN, aku berseru minta tolong kepada-Mu,

Engkaulah pelindungku,

Engkau sahaja yang aku perlukan dalam hidup ini.

7

Dengarlah seruanku minta tolong,

kerana aku tidak berdaya.

Selamatkanlah aku daripada musuhku;

mereka terlalu kuat bagiku.

8

Lepaskanlah aku daripada kesusahan,

maka dalam perhimpunan umat-Mu, aku akan memuji-Mu,

kerana Engkau telah berbuat baik kepadaku.

Link: