:

Mazmur 143

Doa Minta Tolong 1

Mazmur Daud.

Ya TUHAN, dengarlah doaku,

terimalah rayuanku!

Engkau baik dan setia,

oleh itu jawablah aku!

2

Janganlah hakimi aku, hamba-Mu;

tiada seorang pun yang tidak bersalah di hadapan-Mu.

3

Musuhku telah memburu aku,

dan mengalahkan aku.

Dia memasukkan aku ke dalam penjara yang gelap,

dan aku ini seperti orang yang sudah lama mati.

4

Oleh itu aku putus asa,

aku tidak berdaya.

5

Aku mengingatkan masa yang lalu;

aku memikirkan segala yang telah Engkau lakukan,

aku mengenangkan segala perbuatan-Mu.

6

Aku berdoa dengan menghulurkan tangan kepada-Mu;

aku memerlukan Engkau seperti tanah kering memerlukan hujan.

7

Jawablah aku segera, ya TUHAN,

aku putus harapan.

Jangan sembunyikan diri-Mu daripadaku,

supaya aku tidak menjadi seperti orang yang sudah turun ke alam maut.

8

Setiap pagi ingatkanlah aku tentang kasih-Mu,

kerana aku berharap kepada-Mu.

Aku berdoa kepada-Mu;

tunjukkanlah aku jalan yang harus aku tempuh.

9

Aku datang hendak berlindung kepada-Mu,

ya TUHAN, selamatkanlah aku daripada musuhku.

10

Engkaulah Allahku;

ajarlah aku melakukan kehendak-Mu.

Berbuat baiklah kepadaku,

dan pimpinlah aku ke jalan yang selamat.

11

Selamatkanlah aku, ya TUHAN, menurut firman-Mu;

selamatkanlah aku daripada kesusahan kerana Engkau baik.

12

Bunuhlah musuhku kerana Engkau mengasihi aku;

binasakanlah semua penindasku, kerana aku ini hamba-Mu.

Link: