:

Mazmur 54

Doa Minta Perlindungan 1

Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Sajak Daud,

2

pada masa orang Zif pergi kepada Raja Saul dan memberitahu baginda bahawa Daud bersembunyi di kawasan mereka.

3

Selamatkanlah aku dengan kuasa-Mu, ya Allah;

bebaskanlah aku dengan kekuatan-Mu.

4

Dengarlah doaku, ya Allah;

endahkanlah kata-kataku.

5

Orang sombong datang menyerang aku,

orang zalim ingin membunuh aku,

mereka tidak menghiraukan Allah.

6

Tetapi Allah ialah penolongku,

Tuhan ialah pembelaku.

7

Biar Allah menghukum musuhku dengan kejahatan mereka.

Ya Allah, binasakanlah mereka kerana Engkau setia kepadaku.

8

Ya TUHAN, aku rela mempersembahkan korban kepada-Mu;

aku mengucap syukur kepada Engkau kerana kebaikan-Mu.

9

Engkau telah menyelamatkan aku daripada segala kesusahan,

dan aku telah melihat musuhku dikalahkan.

Link: