:

Mazmur 81

Lagu Perayaan 1

Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Gitit. Mazmur Asaf.

2

Bersoraklah dengan gembira kepada Allah, pembela kita;

nyanyikanlah pujian kepada Allah Yakub.

3

Mulakanlah muzik dan mainkanlah tamburin;

mainkanlah lagu yang merdu dengan kecapi dan gambus.

4

Tiuplah trompet untuk perayaan kita

pada waktu bulan baru dan bulan purnama.

5

Inilah satu hukum untuk Israel,

satu perintah daripada Allah Yakub.

6

Dia memberikan hukum ini kepada umat Israel,

ketika Dia menyerang negeri Mesir.

Aku mendengar suara yang tidak aku kenal, berkata,

7

"Aku telah mengangkat beban dari bahu kamu;

dan membebaskan kamu daripada kerja paksa.

8

Ketika kamu dalam kesusahan, kamu berseru kepada-Ku,

dan Aku pun menyelamatkan kamu.

Dari tempat persembunyian-Ku di dalam awan petir,

Aku mengabulkan permintaan kamu;

di mata air Meriba Aku menguji kamu.

9

Hai umat-Ku dengarlah amaran-Ku;

Hai Israel, Aku sangat ingin kamu mendengar firman-Ku!

10

Jangan sembah tuhan lain.

11

Akulah TUHAN, Allah kamu,

yang membawa kamu keluar dari Mesir.

Bukalah mulut dan Aku akan memberi kamu makan.

12

Tetapi umat-Ku tidak mahu mendengar firman-Ku;

Israel tidak mahu taat kepada-Ku.

13

Oleh itu Aku membiarkan mereka mengikut kedegilan mereka,

dan berbuat sesuka hati mereka.

14

Sekiranya umat-Ku mendengar firman-Ku,

sekiranya mereka taat kepada-Ku,

15

Aku akan mengalahkan musuh mereka dengan segera,

dan menaklukkan semua lawan mereka.

16

Orang yang membenci Aku meromok ketakutan di hadapan-Ku;

mereka akan dihukum selama-lamanya.

17

Tetapi kamu akan Kuberi makan gandum pilihan,

dan Kukenyangkan dengan madu hutan."

Link: