:

Mazmur 87

Pujian bagi Yerusalem 1

Mazmur puak Korah. Sebuah lagu.

TUHAN membina kota-Nya di atas bukit yang suci;

2

Dia lebih mengasihi kota Yerusalem

daripada tempat lain di Israel.

3

Dengarlah, hai kota Allah,

hal-hal baik yang disebut-Nya tentangmu:

4

"Apabila aku menyenaraikan bangsa-bangsa yang taat kepada-Ku,

Aku akan memasukkan Mesir dan Babilonia;

bahkan Filistea, Tirus, dan Etiopia,

akan tergolong sebagai penduduk Yerusalem."

5

Tentang Sion, akan dikatakan

bahawa semua bangsa termasuk warga kota itu,

dan Yang Maha Kuasa akan mengukuhkannya.

6

TUHAN akan memasukkan bangsa-bangsa,

dalam senarai penduduk Yerusalem.

7

Mereka akan menari dan menyanyi,

"Sionlah sumber segala berkat kami."

Link: