:

Mazmur 95

Lagu Pujian 1

Marilah kita memuji TUHAN,

dan bernyanyi dengan gembira kepada Allah, pelindung dan penyelamat kita!

2

Marilah kita menghadap Dia dengan kesyukuran,

dan dengan gembira menyanyikan lagu pujian.

3

TUHAN itu Allah yang berkuasa,

raja perkasa yang menguasai semua dewa.

4

Dia memerintah seluruh bumi,

gua yang terdalam dan juga gunung yang tertinggi.

5

Dia menguasai laut yang dicipta-Nya,

dan juga darat yang dibentuk-Nya.

6

Marilah kita bersujud dan menyembah Dia;

marilah kita berlutut di hadapan TUHAN, pencipta kita!

7

Dialah Allah kita;

kitalah umat yang dipelihara-Nya,

seperti kawanan domba yang digembalakan-Nya.

Pada hari ini dengarlah firman-Nya,

8

"Jangan degil seperti nenek moyang kamu di Meriba,

ketika mereka berada di gurun, di Masa.

9

Di sana mereka menguji dan mencuba Aku,

sungguhpun mereka sudah melihat perbuatan-Ku.

10

Selama empat puluh tahun Aku muak terhadap mereka;

Aku berfirman, 'Alangkah derhakanya mereka!

Mereka enggan taat kepada perintah-Ku.'

11

Aku murka lalu bersumpah

bahawa mereka tidak sekali-kali akan masuk ke negeri itu,

tempat Aku memberi mereka rehat."

Link: