:

Mazmur 96

Allah, Raja yang Agung 1

Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN!

Bernyanyilah untuk TUHAN, hai seluruh dunia!

2

Bernyanyilah untuk TUHAN, dan pujilah Dia!

Setiap hari isytiharkanlah berita baik bahawa Dia telah menyelamatkan kita.

3

Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa,

dan perbuatan-Nya yang mengagumkan kepada segenap manusia.

4

TUHAN itu agung dan mesti dipuji setinggi-tingginya,

Dia mesti dihormati lebih daripada semua dewa.

5

Dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala,

tetapi TUHAN pencipta angkasa raya.

6

Kemuliaan dan keagungan mengelilingi Dia,

tempat kediaman-Nya dipenuhi kuasa dan semarak-Nya.

7

Hai semua orang di bumi, pujilah TUHAN!

Pujilah keagungan dan keperkasaan-Nya!

8

Pujilah nama TUHAN yang mulia;

bawalah persembahan dan masuklah ke dalam kediaman-Nya.

9

Bersujudlah di hadapan TUHAN apabila Dia muncul;

gementarlah di hadapan-Nya, hai seluruh bumi!

10

Katakanlah kepada semua bangsa, "TUHAN itu raja!

Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang;

Dia akan menghakimi semua bangsa dengan adil."

11

Bersukacitalah, hai bumi dan langit!

Berderulah, hai laut dan segala isimu!

12

Bergembiralah, hai ladang-ladang dan segala tanamanmu!

Pokok-pokok di hutan akan bersorak kegirangan,

13

apabila TUHAN datang untuk memerintah bumi.

Dia akan memerintah penduduk dunia

dengan jujur dan adil.

Link: